IT'S ALL ABOUT ART

Monday, June 18, 2012

IT'S ALL ABOUT ART

Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni; sebagai contoh, adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni, sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni? Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang? Adakah hasil seni dianggap seni hanya apabila ia sempurna? Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut. Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya, beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui simbol dan bentuk.

Wednesday, June 13, 2012

1st class grafik berkomputer

Untuk kelas pertama kursus studi grafik komputer aku dan kengkawan diberi tugas menghasilkan satu poster untuk mempromosikan upsi. so, apa lagi masing-masing posing la tuk masukkan self potret dalam poster masing-masing.






ni adalah poster yang aku bikin tok tugasan satu...  biase2 jerk..



Poster



Pengenalan

1. Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan.

2. Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan.

3. Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai  serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan




Poster boleh dipersembahkan melalui 2 cara:


i. Menggunakan muka taip (huruf) sahaja.

Mukataip dijadikan subjek utama untuk menyampaikan maksud poster. Ada yang bersifat ringkas dan jelas dan ada juga jenis yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan tema poster tersebut.

mukataip yang disampaikan dalam bentuk yang lebih simbolik

Mukataip yang ringkas, jelas dan mudah difahami

ii. Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar atau foto.

Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan. Sekiranya maklumat yang disampaikan melalui mukataip tidak dapat disampai dengan jelas mungkin atas faktor bahasa (yang kurang difahami kerana berlainan bangsa) atau usia (yang belum mampu boleh membaca atau terlalu tua untuk membaca) dan sebagainya. Dengan itu, penggunaan ilustrasi adalah yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej poster. Ilustrasi hendaklah bersesuaian dan memenuhi sekurang-kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding mukataip bagi poster jenis ini.

Teknik penghasilan Poster

1. Teknik Lukisan : 
menggunakan pen, pensel, pensel warna dan sebagainya.
poster teknik lukisan
2. Teknik catan : 
dengan menggunakan cat air, cat poster, cat akrilik, dan sebagainya
poster teknik catan

3. Teknik kolaj : 
Poster jenis ini menggunakan teknik potong dan tampal. Dengan menampal kertas berwarna, potongan dari majalah atau akhbar, tampalan dari bahan tekstil, benda bercorak dan berjalinan.
poster teknik kolaj
4. Teknik cetakan : 
Cara mencetak dari jenis cetakan timbulan, benaman, planograf, serigraf, capan dan juga cara cetakan komputer.

poster teknik cetakan
5. Teknik campuran : 
Aplikasi dari pelbagai teknik seperti catan, kolaj, lukisan, capan dan sebagainya.

poster teknik campuran

Proses Penghasilan Poster

1. Penentuan tema dan tajuk

2. Mendapatkan maklumat berkaitan tema melalui kajian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam

3. Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan.

4. Membuat beberapa lakaran kasar dan kemudian pilih hasil terbaik.

5. Menentukan jenis iustrasi dan jenis muka taip yang berkesan dan bersesuaian.

6. Merancang skima warna dan memilih kombinasi warna yang dapat menarik perhatian.

7. Menentukan teknik yang sesuai untuk membuat poster tersebut.

8. Penyediaan alat dan bahan.

9. Penghasilan poster berdasarkan teknik dan media yang telah ditetapkan.

Ciri-ciri poster Yang Bermutu


1. Daya penarik yang dinamik.

2. Warna yang berkesan.

3.  Mesej yang jelas dan mengandungi satu tema sahaja.

4. Kesesuaiaan ilustrasi dengan tema.

5.  Pilihan muka taip yang berkesan.

6. Gubahan asli dan unik.

7. Cogankata yang dapat mempengaruhi pembaca.

8. Penggunaan asas seni reka yang bersesuaian.

9. Memberi mesej yang mempunyai nilai-nilai murni.

Contoh-contoh poster